Rabu, 29 April 2009

KERJA KURSUS

Semua pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan mengambil PMR dan SPM sedang menjalankan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi dan Sejarah bagi PMR dan Pendidikan Moral bagi pelajar yang mengambil SPM 2009. Tempoh pelaksanaan bermula dari bulan Februari 2009 hingga 30 Jun 2009. Sebarang tidaksiapan kerja-kerja kursus tersebut dalam tempoh yang ditetapkan akan menjejaskan markah keseluruhan pelajar bagi mata pelajaran berkenaan. Oleh itu, jika terdapat sebarang kemusykilan tentang kerja-kerja kursus tersebut, pelajar-pelajar bolehlah hubungi atau berjumpa terus guru-guru berkenaan secepat yang mungkin.

Bagi pelajar-pelajar tingkatan 2 pula, kerja kursus tentang kajian sejarah tempatan yang berkaitan dengan sejarah sekolah mula diadakan pada bulan Mei ini. Kerja kursus ini dilaksanakan bagi memenuhi syarat 20% ujian akhir tahun bagi mata pelajaran sejarah KBSM. Sebarang keterangan lanjut, bolehlah hubungi Pn. Suriati Mohd Saad dan Pn. Noraziah Hashim.

PASCA PILIHANRAYA KECIL

Keputusan pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai di Sarawak telah memberikan hasil, kemenangan demokrasi ala-Malaysia. Ada bumbu yang mengenakkan dan ada sudu yang terlebih cedok. Sebagai rakyat Malaysia, pesta demokrasi ini adalah cerminan yang tak boleh disangkalkan : winner take all. Minoriti kena akur dengan keputusan pengundi. Ada rentetan yang sering ingin saya tuliskan, tetapi akhbar dan para blogger yang bergentayangan, boleh memberi opini dengan panjang lebar. Untuk apa membahas benda-benda yang dibincang yang tidak tahu kepala ekornya? Ke arah mana negara kita, bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin untuk memimpin rakyat, melaksanakan dasar. Semoga negaraku, negara kita semua menjadi tempat untuk kita hidup sampai ke hujung nyawa dengan aman damai. Itu saja harapan dari setiap rakyat kerdil seperti KITA.

Tabiat Buruk Perlu Dielak Jika Ingin Berjaya

Sikap negatif perlu dibuang jika kita ingin bina kerjaya mantap :
1. Menolak tugas
2. Suka tangguh kerja
3. Salah guna harta benda kerajaan
4. Suka bergosip dan berpuak-puak
5. Datang lewat ke pejabat/tempat kerja
6. Leka berniaga

MESYUARAT PANITIA SEJARAH & GEOGRAFI

Mesyuarat Panitia Sejarah & Panitia Geografi yang dijadualkan pada 29 April 2009 (Rabu) ditunda pada 5 Mei 2009 (Selasa) atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Harap maklum.

Kursus LDP Siri3/2009

Kursus LDP Siri 3/2009 peringkat SMK Ibrahim akan diadakan pada 23 Mei 2009 (Sabtu) jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Tajuk kursus ialah Jadual Spesifikasi Item yang akan disampaikan oleh Pensyarah daripada IPSAH Sungai Petani. Semua guru diwajibkan hadir.

MESYUARAT PANITIA

Mesyuarat panitia bidang kemanusiaan akan diadakan pada 30 April 2009. Semua ahli diminta hadir. Terima kasih.