Jumaat, 8 Mei 2009

Renungan Di Pagi Jumaat

Pagi tadi saya pi sarapan kat kedai nasi kandar di Taman Ria Jaya. Di depan meja saya duduk, ada sekumpulan pemuda yang saya rasa... sebaya dengan usia saya. Bersembang asyik sekali. Mengata itu, mengata ini. Sesekali terdengar depa tergelak. Syok kot. Pada masa yang sama telinga saya terdengar seperti mereka sedang mengata dan menyalahkan seseorang. Mungkin Boss depa kot. Biar pi lah. Depa saja yang betui....

Begitulah lumrahnya dalam sesuatu organisasi. Mana ada orang yang semuanya berpuas hati dengan kita, terutama sekali dengan Boss yang banyak melontarkan idea merencana aktiviti organisasi. Apatah lagi bila sesuatu aktiviti yang dibuat itu depa rasa tidak mendatangkan kepentingan atau manfaat kepada diri mereka atau dianggap sebagai suatu beban. Mulalah...itu tak betui...itu tak kena. Dalam mesyuarat tak berani timbul. Semuanya terima.Yes!!!Yes!!!!


Bagi saya...menyalahkan dan menuding jari ke arah orang lain amat mudah dan senang dilakukan. Tetapi untuk menuding jari kepada kita sendiri, mengaku kesilapan diri, melihat kelemahan diri, tidak semua orang mampu dan mahu melakukannya. Memang kita berasa begitu puas dan lega apabila kita berjaya berbuat demikian (menyalahkan orang lain), namun jangan lupa sikap begini memakan diri. Akibatnya diri sendiri yang rugi kerana dalam jangka masa panjang kita akan hidup keseorangan dan kesepian. Kita akan dibenci dan disisihkan oleh rakan-rakan. Bukankah ada pepatah ada mengatakan bahawa'bisa ular tidak akan hilang walau menyusur di bawah akar' bermakna tidak rugi merendah diri dan juga mengaku kesalahan yang betul-betul kita lakukan. Dengan kata lain, memohon maaf atas kesalahan yang kita lakukan. Kita akan lebih dipandang tinggi dan dihormati dan juga yang paling penting disayangi. Oleh itu, apabila kita mula hendak 'menyerang' orang, berhenti dan berfikirlah sejenak -'kalau orang lain lakukan perkara yang sama terhadap aku apakah aku patut marah sedangkan aku pernah dan sering melakukan perkara yang sama terhadap orang lain.' Bukankah hidup ini ibarat roda yang berputar apa yang kita beri, itulah yang kita terima balik.


Dalam kes maaf memaaf ni, teringat saya pada suatu ceramah daripada Ustaz Dr. Fadzilah Kamsah yang pernah saya dengar. Katanya, natijah kepada sebuah kemaafan ialah

1. Hati kita menjadi bersih
2. Fikiran yang tenang
3. Penyembuhan penyakit
4. Wajah semakin cantik dan menawan
5. Doa menjadi lebih makbul
6. Pintu rezeki terbuka
7. Peningkatan produktiviti
8. Eratkan hubungan kemanusiaan
9. Peningkatan tenaga zahir dan batin
10. Keberkatan dan kebaikan yang melimpah ruah

So.., renung-renungkan......!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan