Isnin, 4 Mei 2009

Apabila Hujan Turun....

"Hujan yang turun bagaikan mutiara, bersama pedih bersama rindu..." itulah antara bait-bait lagu Hujan dendangan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad yang masih saya ingat. Sayu rasanya. Apatah lagi jika hujan turun pada waktu lagu itu berkumandang. Tangkap nangis lagi....bro!!!! Tapi saya juga sering tertanya kenapa apabila hujan turun seringkali terdengar bebelan-bebelan dari orang-orang sekeliling kita. "Cuaca buruk saja akhir-akhir ni?" Soalnya kenapa hujan dikatakan cuaca buruk? Banyak antara kita yang mengeluh apabila hujan turun. "Iskk....tak kering la baju kalau asyik hujan saja". "Alahai...hujan lagi. Macamana nak pi erobik ni?" "Tiap-tiap hari hujan...nak buat apa-apa pun tak boleh". "Sah banjir la sat lagi"." Hujan lebat ni...tak boleh balik lagi lagu ni".Ini antara bebelan-bebelan yang sering kita dengar. Tambahan pula hujan diselangi guruh. Macam-macam bebelan lagi akan kedengaran."Apocot.." "Ooi.. mak..hang.." dan sebagainya. Terkejut. Latah.Takut pun ada. Tak kira kaum lelaki atau pompuan. Sama saja. Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA?. Hakikatnya, hujan itu rahmat dan kita juga patut bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Tetapi kenapa orang "bad-mood" bila hujan turun. Seolah-olah sinonim dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan. Ribut tidak, mendung tidak tiba-tiba masam saja. Choam tak tentu pasai.La ni hujan setiap hari. Mai la kita pakat berdoa agar hari ini lebih baik daripada semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan